Sekadar untuk renungan... (bukan saya yang karang ye...)
Tuhan, aku ingin belajar dengan diriku sendiri,
Ajarkanlah aku agar aku dapat ilmu dari kejadianku ini,
Aku kaji diri lahirku, aku renung diri batinku,
Aku nilai akal fikiranku, kekuatannya, bagaimana ia mendapatkan ilmu,bagaimana ia memproses ilmu,
Cara mana dia menyimpan ilmu dan maklumat yang didapati dan bagaimana ia mengeluarkan ilmu dan maklumat itu,
Waktu bila ia terangsang menerima ilmu dan maklumat dari yang dilihat,didengar, disentuh dan dirasa,Ketika bila pula ia terangsang mengeluarkan ilmu dan maklumat yang tersimpan itu,
Kemudian aku belajar perjalanan nafsu dan peranannya, kehendak-kehendaknya bila ia merangsang, akibatnya, baik buruknya dan kesannya,
Kemudian aku belajar perjalanan nafsu dan peranannya, kehendak-kehendaknya bila ia merangsang, akibatnya, baik buruknya dan kesannya,
Aku kaji juga hatiku atau jiwaku, perasaan yang mendatang silih berganti selalu peranannya dan kesannya,
Aku kaji jasad lahirku, keadaannya, peranannya, waktu sakit, waktu sihat,
Tuhanku rupanya setiap kejadian yang berlaku pada diriku lahir dan batin, ada hikmah yang tersembunyi,
Segala-galanya yang terjadi adalah didikan bagiku,
Samada yang berlaku itu nampaknya positif mahupun negatif,
ada rahsia yang tersirat ia sungguh seni,
Aku nilai dengan basirahku secara halus dan teliti semuanya baik bagiku,
Lantas aku faham dan mengerti mengapa Engkau lakukan kepadaku,

Adakalanya aku senang, adakalanya aku susah,
Ada ketikanya aku sihat ada waktunya aku sakit,
Adakalanya badanku letih ada waktu badanku gagah dan cergas,
Aku kaji perjalanan hatiku selalu, perasaannya silih berganti,
Ada masa aku miskin ada masa tiba-tiba aku kaya,
Dan berbagai-bagai lagi keadaan yang berlaku pada silih berganti terutama perasaan hati,

Adakalanya aku sedih adakalanya aku gembira,
Adakalanya aku benci adakalanya aku suka,
Adakalanya hatiku resah gelisah, adakalanya hatiku tenang dan senang,
Adakalanya hatiku rasa marah adakalanya hatiku rasa lapang dada,
Adakalanya hatiku rasa jijik, adakalanya hatiku rasa biasa sahaja,
Adakalanya hatiku pilu adakalanya hatiku riang dan ceria,
Adakalanya hatiku rasa malu adakalanya biasa sahaja,
Adakalanya aku rasa takut ada ketikanya aku rasa berani,
Adakalanya hatiku rasa curiga adakalanya hatiku rasa percaya,
Di sini sungguh banyak ilmu yang aku dapat, di sini sungguh banyak rahsia diriku dari-Mu yang aku gali,Rupanya sifat yang sering berubah pada diriku itu menyedarkan aku,bahawa aku adalah hamba-Mu,Kerana sifat hamba atau makhluk adalah berubah-ubah selalu,Di sini aku faham lagi bahawa sifat hamba itu tidak sempurna sentiasa baru,Rupanya aku hamba-Mu menerima ketentuan dari-Mu,Sungguh Engkau Maha Pentadbir termasuk diriku,
Aku faham lagi bahawa aku lemah, hamba memanglah lemah, agar aku selalu bergantung dengan-Mu,Dan seterusnya aku faham apa yang berlaku kepada diriku bukan kehendak aku,Rupanya segala-galanya yang berlaku pada diriku adalah kehendak-Mu,Di sini menunjukkan kelemahanku lagi bahawa sedikit pun aku tidak ada kuasa pada diriku walaupun sebesar habuk atau sebesar debu,Kuasa-Mulah sepenuhnya yang berlaku pada diriku tidak campurtangan sedikit dariku,Kehendak-kehendak-Mulah yang terjadi ke atas diriku,Menjadikan aku takut kepada-Mu, rupanya takut aku itu kepada-Mu itulah yang Engkau mahu,
Aku renung lagi kejadian yang berlaku kepada diriku apakah rahsianya kejadian itu,

Rupanya di waktu susah dan berlaku bala, agar aku sabar supaya aku dapat pahala sabar,
Di masa-masa yang lain aku senang, sihat, kaya, agar aku bersyukur supaya aku dapat pahala syukur,
Itulah yang Engkau mahu dariku,
dapat faham supaya aku tidak sombong, tidak riyak, tidak megah, tidak bakhil, tidak tamak,
Sifat-sifat itu adalah Engkau benci,Aku faham agar aku tidak di dalam kemurkaan-Mu,
Begitulah yang aku faham, terima kasih Tuhan, Engkau beri aku faham tentang diriku,
Setelah aku kaji, renung, analisa diriku lahir dan batinnya sungguh banyak ilmu yang aku dapat dari diriku ini,
Sungguh ajaib dan menghairankanku,
Di dalam diriku ada berbagai ilmu, bahkan lautan ilmu, ada ilmu hikmah, ada ilmu tauhid, ada ilmu syariat, ada ilmu tasawuf, ada ilmu akhlak,
Ada ilmu yang tersurat, ada ilmu yang tersirat, ada ilmu falsafah, ada ilmu manusia, ada ilmu saikologi, ada ilmu biologi,
Ada benih baik, ada benih buruk, terpulang kepada kita yang mana kita hendak suburkan,Patutlah Tuhan mengingatkan kita di dalam satu ayat Al Quran yang berbunyi:“Di dalam diri kamu apakah kamu tidak menganalisanya.”
Hadis juga ada berkata: “Barangsiapa mengenal dirinya nescaya dia mengenal Tuhannya.”
Ertinya kalau kita perhatikan tentang diri kita sendiri,
Kita akan mendapat berbagai-bagai ilmu, kita akan takut Tuhan,kita akan cinta kepada-Nya, kita akan sentiasa rasa bertuhan, kita akan rasa kehambaan,
Kita akan mendapat sifat taqwa,Sifat taqwa adalah bekalan kita ke Akhirat,
Itulah dia keselamatan kita dunia Akhirat,
Rupanya di dalam diri kita penuh dengan lautan ilmu kalau kita perhatikan,
Maha Suci Engkau Tuhan, Maha Besar Engkau, sungguh berkuasa Engkau.
1 comment:
memang bagus tulisan dia..insaf gak...tapi panjang sgt la he he
Post a Comment