Friday, April 24, 2009

Bercuti ke Langkawi

Our flight to LANGKAWI @ 2145 (Friday - 24th Apr 2009)

Ini tentative program kitorang:

SATURDAY – 25/4/2009


7am island hoping ( beras basah, dayang bunting)
12.30 pm – 1.45pm - lunch/SOLAT
2pm - Underwater World
3pm – 8pm - Laman Padi, Beras Terbakar, Snake Sanctuary,makam mahsuri,tanjung rhu,beras hitam,DINNER
8pm - Balik Sri Intan – main Jinga

SUNDAY – 26/4/2009


7 am – cable car park n taman jepun
9.30am – Cable Car to Gunung Machincang
11.30 am – Cable Car from Gunung Machincang
12.00pm – LUNCH
1.00 pm – 1.45 pm – Sri Intan/SOLAT
2.00 pm – 8.00 pm – Bird Paradise, Telaga Air Hangat, Galeria Perdana, Wildlife Park, Dataran Lang
8.00 pm – back to Sri Intan / DINNER

MONDAY – 27/4/2009

8.00 AM – Bfest, Taman Lagenda
12.00 pm – CHECK OUT frm SRI INTAN
12.30 pm onwards – SHOPPING @ KUAH

Fly back to KL @2240 – Insya-Allah kalo tak ader delay


p/s:
Blog ini akan sepi seketika... Next week baru diupdate semula.. kerna tuan punya blog mahu bercuti, berehat dari rutin keje yg kdg best kdg tensen..

Saturday, April 18, 2009

Mari belajar memasang meja

Aku beli meja jenis pasang sendiri nie kat JJ setiawangsa minggu lepas... ingat nak terus pasang jer hari tu jgk tapi bila dah bukak jer kotak tu aku terus tutup balik... sebabnya aku rasa nak nangis jer masa tuh hehe... bila aku tgk segala mcm skru yg ada, pstu ada gam, ada btg2 kayu lagi, aku rasa menyesal tul aku beli benda nie... hanya kerana aku malas nak pegi kedai perabot... semua barang aku beli jer kat JJ... hmm nyesal pun tak guna, dah beli terpaksalah aku pasang jgk...

Inila rupanya sebelum dipasang... aku pilih hari sabtu utk buat keje ni... aku perlu bertenang dulu sebelum memulakan keje2 nie... jgn ade sesapapun kaco aku... bukannya apa, aku bimbang meja yg dipasang tak menjadi, tapi aku yg berubah jadi 'hulk hogan'... aku fikir mesti lama aku amik masa utk siapkan... tapi rupa2nya aku dpt siapkan lebih awal, dalam masa 1 jam 15 minit..



Nahh.. dah siap pun... lega rasanya... dah bole guna... tapi lepas nie kalo nak beli brg2 perabot, aku takkan malas lagi pegi kdai perabot... hehe sebabnya lebih senang pegi kedai perabot dari kena pasang sendiri...

Friday, April 17, 2009

Anak yang baik

Dalam satu kelas darjah satu, seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya...

"kamu hendak ke mana? syurga atau neraka? siapa yang hendak ke syurga, angkat tangan!!..."

Maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.

Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi, "siapa hendak ke neraka?"

Semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi.. dengan kehairanan ustaz itu bertanya.. "bila saya tanya nak masuk syurga.. awak tak angkat tangan.. bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan... habis awak nak kemana??"

Jawab murid itu, "saya tidak mahu pergi kemana ustaz... bapa saya suruh saya datang sini belajar.. dia pesan.. jangan pergi kemana-mana, tunggu sampai dia jemput"....


p/s:
hehe... cerita diatas aku dapat dari sebuah blog... salah satu sebab kenapa aku tak bole jadi cikgu... puas mak aku suruh mintak KPLI, aku buat dekk jer... sebab aku tau bahawasanya aku nie tak sesuai jadi cikgu...

Friday, April 10, 2009

Bunga bakawali dah kembang

Sweet moment in my life... akhirnya dapat jugak kuabadikan gamba2 bunga bakawali yg pernah aku ceritakan dlm entry lepas...
Remove Formatting from selection

bakawali 1, 18 March 2009, 8.56 malam

bakawali 1, 18 March 2009, 9.17 malam

bakawali 1, 18 March 2009, 9.41 malam


bakawali 1, 18 March 2009, 10.55 malam


bakawali 2, 18 March 2009, 8.50 malam



bakawali 2, 18 March 2009, 9.16 malam



bakawali 2, 18 March 2009, 9.56 malam


bakawali 2, 18 March 2009, 10.30 malam


bakawali 2, 18 March 2009, 11.02 malam


Ini ler gamba2 yg dpt kuambil masa bunga nie berkembang... byk jugak yg aku cuba amik gamba dari jarak lebih dekat tp gamba tak jadi... hasilnya mcm gamba kat bawah nie.. walaupun dari sudut yg sama, tapi biler move dekat skit, tetap tak jadi... sebab apa aku tak tau.. aku mmg tak pro bab fotografi nie...