Friday, April 17, 2009

Anak yang baik

Dalam satu kelas darjah satu, seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya...

"kamu hendak ke mana? syurga atau neraka? siapa yang hendak ke syurga, angkat tangan!!..."

Maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.

Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi, "siapa hendak ke neraka?"

Semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi.. dengan kehairanan ustaz itu bertanya.. "bila saya tanya nak masuk syurga.. awak tak angkat tangan.. bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan... habis awak nak kemana??"

Jawab murid itu, "saya tidak mahu pergi kemana ustaz... bapa saya suruh saya datang sini belajar.. dia pesan.. jangan pergi kemana-mana, tunggu sampai dia jemput"....


p/s:
hehe... cerita diatas aku dapat dari sebuah blog... salah satu sebab kenapa aku tak bole jadi cikgu... puas mak aku suruh mintak KPLI, aku buat dekk jer... sebab aku tau bahawasanya aku nie tak sesuai jadi cikgu...

4 comments:

zumairi said...

saya teringin jadi cikgu...tapi tak tergerak hati nak mintak maktap

Saidah said...

tak masuk maktab pun leh jadi cikgu jgk.. jadi cikgu sandaran cam saya dulu.. tapi saya cuma mampu bertahan satu hari jer jadik cikgu hehe..

Cik Hani yang Baik said...

aku mun dpt jadi cikgu..aku sik dpt bygkan life mcm ne...tp fun juak rasanya...bila rezeki dah di tempat lain..mls nak tukar kerjaya dah... ok juakla jadi cikgu...aku jadi cikgu sandaran dlm 2-3 bulan gia..ok la..just that, rsnya mun jadi cikgu mungkin berat aku dah dekat 100kg kinek...kuikui

Saidah said...

hehehe itu tandanya ko happy jdik cikgu.. sbb biasanya bila senang hati berat badan pun dgn senang nya bertambah sesuka hati :)