Thursday, October 8, 2009

Bil Air Bulan Nie

Kelmarin balik dari keje... Cam biasa la aku belek2 kot2 ada surat utk aku... pastu aku nampak bil air bulan nie... Sekali pandang nampak normal cam biasa la rupa bil air tuh... dua kali pandang, mata aku terbeliak rasa nak melalak time tuh jugak... Giler hape bil air bulan ni sampai RM100.. diulang RM100... kalo bukak kedai dobi, logikla jugak...

Biasa paling tinggi pun RM2 hengget jer... kdg2 20sen jer... mmg la sikit, bil air selangor kan ada diskaun... camne leh jadik camnie plak?? time tuh baru aku terfikir mmg ada something wrong lepas balik dari cuti raya hari tuh... ada dgr bunyi air melimpah... mcm bunyi air terjun aaa... masing2 ingat rumah sebelah punya hal.. masing2 pun tak amik port la... rupa2nya paip/tangki kitorang yg ada problem... dah tgk bil melambung baru aku tersedar... what to do? terpaksa la kitorang byr jugak... 100 bahagi 4... sorang rm25 la... haha padan muka sume org... dahla pokai lepas raya... buat sementara nie, terpaksala sentiasa tutup pili utama tuh... nak mandi baru g buka... lambat plak tuan rumah nie nak antar plumber... kalo camnie gayanya confirm aku pindah rumah bulan depan...

Wednesday, September 30, 2009

Majlis Nikah Ida & Razak






Adik & abangku





mak, ayah & adik




Alhamdulillah majlis akad nikah aku dan suami dah selesai semuanya... dah selamat diijabkabulkan tanggal 24th September 2009... dan sekarang kena prepare untuk majlis sanding pulak 19th & 20 Dec 2009...

Lagi gambar nikah kat sini

http://picasaweb.google.com/saidah79/MajlisNikah#

kat ofis dah kena block pulak dah web picasa nie... sorryla lambat sikit update gambo2 nie... mood bercuti blum abis lagi... liat tul nak start rutin biasa...

kalo dikenang semula detik perkenalan aku & en. suami, teramatla singkat rasanya... berkenalan awal bulan June, merisik dan bertunang dalam bulan July & nikah bulan September... dunia internet nie la yg menemukan kami... bermula dari emailku yg simple... disusuli dgn chatting di ym... melihatkan ketenangan & keikhlasan si dia, langsung cair hatiku dibuatnya... tetiba teringin plak nak berpuisi untuk en. suami..


Puisi Untuk Suamiku

Tenangmu mendamaikan hati
Senyummu menceriakan jiwa
Saat mata bertentang mata
Hatiku bergetar terasa kehadiran cintamu

Duhai Abang
Bimbinglah daku ke jalan yg lurus
Sayangilah daku sepenuh hatimu
Masih jauh perjalanan kita
Gelora dan badai pastinya ada

Tiada kata mampu kuucap
Demi kasih dan cintaku untukmu
Bicaramu aku senangi

Teguranmu aku hormati
Senyum tawamu aku rindui


Disini kisah kita bermula

Melakar pelangi cinta
Menyemai benih kasih dan sayang
Semoga tersimpul kukuh ikatan ini
Kuingin hidupmu diterangi cahaya bahagia


~*~Hasil nukilan isterimu - Nursaidah (cahaya bahagia)~*~

Baiki cara solat khas utk perempuan

Sebagai panduan untuk kita mengadap Allah Yang Maha Esa
UTK RENUNGAN BERSAMA....

Baiki cara solat khas utk perempuan

Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar
tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak
dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti
kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru
kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah
kualitinya.

Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni
pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di
kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat,
penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri"
sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita
berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan
kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak
utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan
menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan
oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita
d ijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi
hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan
mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil
membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah
bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab
dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab
utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir : i. Dgn meletakkan
kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga ii. Dgn meletakkan kedua2 jari
telunjuk di bawah cuping telinga iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke
paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut
penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah
lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas
sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke
atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn
kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh
tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di
atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah).
Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman
hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa
lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi".
Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti
tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah
sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit terbuka di antara
kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke
hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7
iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki
(setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke
kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di
atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan
kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm
keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun,
gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut
"....illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan
diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh
sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di
sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika
bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180
darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan
punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm
keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi
dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita
sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para
hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg
tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya
kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna
kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg
tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).


Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan
sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm
telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati
dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat,
sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi
menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi
pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud,
kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat
kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg
tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan)
ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2
sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut
pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan
terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah
kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat
yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini
memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam
utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa
panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba
seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari
segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat,
inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.
Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar
susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap,
harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk
itu dari saya.

Wassalamu.

** Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat.. **

Thursday, September 17, 2009

Jom Balik Kampung...

Pagi nie jalan clear sikit... dah ramai yg mula bercuti pstinya... yg masih keje pun mood bercuti jgk cam aku nie haha... plan asal aku nak cuti hari jumaat tapi sebabkan aku dah kekurangan cuti & nak simpan cuti utk bulan 12 nanti, terpaksalah aku bercuti start sabtu... tapi sampai sekarang aku masih confuse lagi nie... masih keliru nak pilih time yg paling sesuai utk aku balik kampung... kalo aku balik petang jumaat dah confirm la tersangkut dalam jam... kalo tak sangkut kat KL ni, confirm kat highway jam teruk... fikir punya fikir, aku rasa nak balik hari sabtu lepas sahur la... tapi maybe bertukar fikiran lak last minute kang...

bosannya tahun nie aku drive sorang2, takde member nak borak... tahun lepas ade kak sue dok teman aku sembang, takdela bosan & ngantuk... masa tuh kitorang bertolak dari KL pukul 2 pagi walaupun plan asal nak balik lepas sahur... mmg ok sangatla sbb jalan clear...

kepada kawan2 yg dah bercuti dan akan bercuti, selamat balik kampung & salam aidilfitri...
maaf andai ada terkasar bahasa or terguris hati...

***aidilfitri tahun nie ada dua kegembiraan utk aku, pertama dah tentulah nak sambut raya, yg kedua pulak majlis nikah aku yg akan berlangsung pd hari raya ke5 (24 September 2009)... tapi majlis sandingnye lambat lagi... bulan 12 nanti...

Tuesday, September 15, 2009

Maafkan Cikgu

Copy paste dari email....

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.


Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.


“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.
“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya
“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”
” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.



Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan

Setiap kali Ramadhan menjelma, mmg seronok rasanya... pegi psr ramadan seronok, pegi shopping complex lg la seronok... pegi masjid pun seronok... hrp2 thn nie aku berjaya merajinkan diri solat terawih di surau... bukannya apa... aku ni hangat2 taik ayam jer... kalo imam suka baca surah pjg2, mulakan aku liat nak pegi surau...

Yang best lg dpt balik keje awal... pkul 4.30pm dah bole balik rumah... thn lepas kalo balik awal pun confirm sangkut kat Dato Keramat, tp thn nie dah bole lalu Duke highway, so bole elak jam kat situ... kalo aku rajin la kan... konon2 thn ni nak masak la sikit2 utk berbuka & sahur... kalo tak rajin, pasar ramadhan dekat jer :D

Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak... semoga amal ibadah kita diterima Allah... mohon maaf seandainya ada terkasar bahasa atau apa saja yg menyinggung hati kawan2 semua...

Monday, July 27, 2009

Majlis Pertunanganku



Tarikh 25 Julai 2009, Sabtu - ini ler urusannya aku balik kampung last week... Hari kamis malam aku balik kampung, hari jumaat g cari brg2 hantaran, hari sabtu dah bertunang... hari ahad balik KL, hari isnin dah start keje... Tak tau nak cite ape lagi.. nengok je la gambo2nye... korang doa2kanlah untuk aku yer...

Saturday, July 18, 2009

Percutian ke Bali 9 - 13 July 2009

Tanah lot.. pemandangan di sini sangat cantik.. tumpuan pelancong dan warga tempatan untuk melihat sunset...

Tanah Lot... ini ler kesemua 10 org ahli rombongan kami... ayah n mak mala, kak nor, mala, kak sue, aku, kechik, syed, hairil & KJ the photographer..

Lepak di Kuta beach... sini pun best tengok sunset..


On d way ke Pulau penyu...


Gunung berapi Kintamani... syed, me, hairil & kak nor...


Percutian kali nie sebenarnya dah dirancang hampir setahun yg lalu... biasalah nak dapatkan tiket promo Air Asia mmg kena merancang awal2... Walaupun ada lagi 2 org ahli rombongan yg terpaksa batalkan percutian di saat2 akhir, itulah risikonya beli tiket promo nie...

9th July 2009 (Khamis) kitorang bertolak dari KL... sampai di Bali lebih kurang pukul 12tghmlm selepas 3 jam dlm flight... Untuk trip nie kitorang amik package complete (hotel, tourist guide, makan & transport)... So, dah sampai sana takyah pening2 lagi... just bawa duit saku utk shopping jer...

Hampir 96% penduduk di Bali beragama Hindu... yg asalnya dari keturunan Majapahit... so di Bali nie sangatlah banyak temple yg dibina dari zaman dulukala... kalo membeli perabot jati di sini sangatlah best tapi tak dayalah pulak nak bawa balik KL nanti... so tengok je lah...

Walaupun penduduk beragama Islam sangat kecil jumlahnya di sini... sempat jugak kitorang singgah & solat di masjid Besar Al-Hidayah, Bedugul... walaupun terpaksa menapak naik ke atas bukit tapi mmg best tempatnya... view sangat cantik... airnya dingin & harum... ada lagi satu masjid yg kitorang singgah, aku perasan karpet tempat solat tu baunya harum semerbak...

Banyak tempat2 yg kitorang lawat tapi aku lupa la nama tempatnya... Bab shopping nasib baiklah ada kak sue yg terror bargain... kak sue tugasnya menawar harga... kitorang tunggu dan pastu bila dah dpt harga bargain, barulah masing2 mencekau brg2 nya... hehe aku mmg tak reti bargain langsung... Lagi satu kalo sekadar nak survey harga, baik takyah tanya... Confirm kena marah kalo tak beli...

Akhir kata... Thanks to sume ahli rombongan ke Bali... percutian nie sangat best & enjoy... Thanks to kak sue our financial consultant.. thanks to mala & family, thanks to hairil selaku ketua rombongan, thanks to syed yg berjaya merosakkan beg kawan dia, thanks to kak nor yg keliru dgn mata wang rupiah... thanks to kechik & KJ our photograher... and last but not least, thanks to Pak Dirsa (our tourist guide yg peramah & professional) & thanks to Pak Kadir (the expert driver)

Tuesday, July 14, 2009

Error

Hari ni saja dah 10 juta kali error nie kuar kat laptop aku... hangin betulla... tak tau nak buat ape dah... yg aku tau close n buka balik... apesal ek jadi camnie... adakah sebab virus??

Adakah aku perlu guna other browser mcm mozilla ke? atau perlukah aku makan jer laptop nie... ishh sangat geramm...

Anak Soleh


Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

P/S : sedeyla tengok video nie...

Sunday, July 5, 2009

Hari Yang Sibuk

Hari nie ahad, patutnya aku boleh lepak tanpa buat apa2... tapi hari ni aku sangatla sibuk dari pagi sampai ke malam... sejak tuan rumah renovate foyer depan rumah sewa aku ni, cantik la skit rupanya, dah senang nak parking 2 kete... marmar color biru lak tuh... cantik la aku suke...

Tapi yg aku tak sukenye... bile dah cantik mcm nie, cepat pulak nampak bersepah kat depan tuh... sebabnye bile angin tiup, semua habuk & sampah sarap kat jalan pun sama2 diangkut naik terus ke depan rumah nie. Aku baru je menyapu smlm. Pagi nie dah bersepah pulak... kenala menyapu lagi... yang bagusnya aku dah tak perlu lagi menjadi tukang cuci berak kucing sebabnya tempat kucing2 tuh melepaskan hajat telah dilupuskan sama sekali... hehehe aku sangat suka... padan muka ko en. Kucing... carila tempat lain plak yer... pegila cari port baru yg lebih selesa...

Kete aku dah comot giler... dah sebulan tak cuci... so, hari ni berjaya jugaklah aku mencuci kete... lega skit... baru best tgk kete dah comel...

Sibuk plak aku tepon mak kat kampung hari nie... nak tau camne keadaan kat rumah... sebabnya hari ni rumahku menerima tetamu yg baru berkunjung... ada urusan... tak nak bagitau skrg... rahsia eh...

Malam nie aku kena packing brg utk vacation ke Bali... nak pegi hari kamis tp kena prepare hari nie jgk... hari keje dah tentu busy & penat...

Walaupun penat, aku rasa berbaloi.... penat lelah yg dirasa, ada hasilnya... ada senyum ada tawa, bagai menghapus semua duka...


hehehe... ini gamba yang takde kena mengena dgn cerita diatas...

Sunday, June 28, 2009

MRSM Serting 95/96 Dalam Kenangan


Yang sebenarnya tak terlintas pun dihatiku utk belajar disini suatu ketika dulu... MRSM ni masih baru... tak glamor mcm yg lain2... ntah mcm mana aku bole tercampak kesana... seingat aku la, aku apply MRSM nie sbb masa tuh aku minat sangat dgn loghat negeri sembilan... bila dah sampai sana barulah kutahu rupa2nya aku nie baru batch kedua mrsm nie... semua masih baru... so, kitorang sgt beruntung sebenarnya... semua kelengkapan asrama & sekolah masih elok lagi untuk kitorang... generasi terkemudian tu rugi sikit la kan... kalo asrama yg dah lama tuh biasanya tilam dah buruk... katil bunyi krok krek krok krek... toilet hancus... almari pun dah rabak... ganas tul bebudak dok asrama nih...

Banyak memori aku kat sini... minggu orientasi la yg sedih... lepas antar aku mendaftar, mak & ayah aku pegi ke port dickson nak melawat abg aku pulak yg study kat kem askar PD... tetiba aku dipanggil pengetua tanpa aku tau sebab musababnya... dgn penuh hati2, pengetua aku bagitau yg mak aku ada di hospital seremban, kemalangan di PD... aku baru menjejak kaki ke negeri ini... Tetiba dpt berita sedih nie, aku rasa nak balik jer... pengetua bawa aku ke hospital... dapatlah aku melawat mak aku... teruk jugak, kaki patah, berbalut simen... lepas tu aku tetap kena balik ke asrama jugak... sebelum balik ke penang, ayah aku ada belikan senaskah al-quran utk aku...

Aku ni kiranya student yg takde buat hal la... tak melanggar peraturan... cume masalah aku setiap kali ada kelas kimia... aku jadik biol... tak tau la apsal kepala otak nie tak leh terima subject nie... payah tul nak hafal formula2 kimia yg pelik2 tuh... kalo tak fail subject nie, mesti lulus cukup makan jer... sampaila aku amik SPM... nak dijadikan cerita... masa tgh exam SPM, paper objektif kimia, aku diserang senggugut yg teruk giler.. rasa nak pitam dlm dewan exam tuh... masa tuh aku cuma berjaya jawab 2 soalan jer yg aku boleh berfikir dgn waras... bakinya yg berpuluh2 lagi (aku agak ada lebih kurang 50 soalan) aku main tembak jer... sesuka ati aku tanda ABCDE... pastu aku terus keluar dewan, balik ke asrama... mmg aku pitam dlm bilik aku... tetiba aku sedar aku dah terperosok kat celah2 almari roommate aku...

Lagi satu kes yg aku tak bole lupa, tragedi aku menempeleng member sebelah masa kelas bahasa malaysia... time tuh kitorang sangatlah mengantuk... aku dok kat line belakang sekali dgn member aku nie, ita namenye...

Ita: wehh aku ngantuk sangat nie
Aku: aku pun ngantuk la.. nak tido ni
Ita: cuba ko tempeleng muka aku nie skit
Aku: aku buat betul2 kang
Ita : ko buatlah
dan aku dgn jujurnya trus menempeleng si ita nie...
Cikgu : tu apehal 2 org kat belakang tuh? Gaduh ke...
Satu kelas pandang belakang
Aku terdiam
Ita terkebil2 (sakit kot)
Ita: tak sangka ko tampar aku betul2... tima kasihla.. trus ilang mengantuk...
Aku: aku pun dah ilang mengantuk (sbb aku dah malu kat satu kelas)

Kelas hari tuh diteruskan macam biasa... Selepas tragedi itu, Ita tak berani lagi suruh aku tempeleng dia hehehe...

Saturday, June 27, 2009

Tahniah

Tahniah untuk kawan serumah aku yang dapat keje baru... (tapi aku dah start tensen nak mencari housemate baru)... wish you all the best!!

**nak mencari housemate nie problem jgk bagi aku… kalo tgk mcm tak ngam or bakal membawa masalah kpd aku & kwn2 lain, terpaksalah aku reject & kelentong ape yg patut…

Tahniah untuk cousin aku yang bakal mengikat tali pertunangan... dah besar rupanya cousin aku nie... masa kecik2 dulu dia nie asik kena buli jer ngan kitorang adik-beradik… kejap2 gaduh pastu kawan balik.. pastu gaduh balik.. pastu kawan lagi..

Tahniah untuk seorang kawan yang akhirnya ditawarkan untuk involve dalam new project.. Good Luck to you!! (sebenarnya aku pun dah tak larat nak dengar hari2 dia membebel kebosanan dgn keje skrg)... diharapkan selepas nie dah takdela bebelan itu lagi hehe...

Tahniah untuk kawan ofisku yang telah selamat melahirkan baby boy... selamat menempuh alam baru sebagai seorang ibu...

Tahniah untuk sesiapa sahaja yg mendapat berita gembira...

Life is full of beauty... betul kan..

Monday, June 22, 2009

Rasa Tak Best

Kaki sangat sakit.. sabtu lepas jalan2 sehari suntuk di Shah Alam.. hari nie jalan macam robocop..

Perut sakit dah 3 ari tak ilang lagi ni.. apsal ntah.. td dah pegi klinik.. sampai depan pintu klinik tak jadi lak nak masuk.. ntah hape2 je aku ni..

Keje bersusun nak dilangsaikan.. asik2 masuk yg urgent.. bosan tul.. dah sume urgent mane satu yg tak urgent?

Baru plan nak amik cuti isnin depan... kak nono plak dah apply dulu... hish terlambat la aku... takleh cuti serentak ngan dia nie... kena tukar plan cuti ari lain la..

Pagi tadi pegi imigresen nak buat group passport... semua dokumen & gambar dah siap... tapi pegawai imigresen tuh cakap gambo yg aku bagi takleh pakai (sebab kertas licin, takleh cop kat gambar tuh)... so, kenala pegi amik gambar lain plak (melayang rm10, tu pun after diskaun la)


And this is a piece of a very nice email that I received today... saje nak tepek kat sini =)





Maybe . . you should hope for enough happiness to make you sweet, enough trials to make you strong, enough sorrow to keep you human, and enough hope to make you happy.



Friday, June 19, 2009

Nur Kasih


Tetibe minat lak dok ngadap drama nie kat TV3 setiap hari Jumaat pukul 9mlm... Pada aku drama nie sangat menarik dan tak menjemukan... Aku start tgk cite nie dari episod 1st pastu terus melekat lak nak ikut setiap episod... Kenapa aku minat cite nie? Pertama,teknik fotografi dorang mmg best... dpt tgk pemandangan kampung yg cantik & damai.. Kedua, cerita yg penuh pengajaran & memberi keinsafan... Ketiga, skrip yg tidak membosankan..


Sinopsis drama Nur Kasih dari web TV3

Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?


Ketika Aku Mengantuk..

Tangan masih ingin menaip… biarpun mata dah separuh pejam… takpe otak masih mampu berfikir… hati masih ingin berbicara…uhhh alamak time sendirian camnie nape ade iklan cite hantu kat TV plak… tak suka la… tak sengaja dah tertengok & terdengar suara antu… nanti terbayang2 rupa antu tuh… dulu aku ok lagi… boleh dikatakan berani jugak la… sebab mmg kami adik-beradik dah kena psiko oleh ayah aku supaya jgn takut antu… takyah ler gatal2 mulut nak cite pasal antu toyol ke, antu galah ke, antu raya ke… dah confirm kena marah… masa kecik2 setakat pegi toilet kat luar rumah sorang2 berteman lampu suluh or lilin, boleh jer aku redah (takut jgk ler skit2)...

Tapi sejak bermulanya zaman lambakan cite hantu nie… aku pun gatal2 teringin nak tengok jugak cite2 seram yg merepek meraban… dan selepas itu otakku mula menjadi kreatif utk mencipta pelbagai jenis rupa hantu ketika berseorangan di rumah ataupun time orang lain sume dah dibuai mimpi… antu merangkak, antu panjat bumbung, antu bawah katil & juge antu siang... sume ade dalam kepala nih... uhuks mmg tak best perasaan ini… Biler jadi begini, aku dah serik tengok cite seram… sangat memberi kesan negatif... walaupun dah sekian lama aku bersara dari tengok cite seram, namun sampai sekarang masih terbayang2 lagi…

Moral of the story.. jangan ler suke sangat tengok cite seram… baik tengok cite rasaksa... aku rasa ada baiknya cite2 seram nie diharamkan terus macam zaman dulu2... aku dah lupa sape menteri penerangan masa tuh tapi time tuh kalo artis laki rambut panjang takleh kuar TV, cite seram & tahyul pun diharamkan dari siaran TV… Kat panggung wayang pun takde jugak kalo tak silap… tapi sekarang macam cendawan tumbuh selepas hujan… kalo asik disogok dgn filem @ drama begini… ape nak jadi la ngan generasi akan datang??

Haa ni dia contoh antu sawah yg mengganas di kampung pisang..

Tuesday, June 16, 2009

Durian Dato Keramat

Hari ni tepat 5.30 aku dah tunggu depan lif... Skrg mmg balik awal jer selalu... Tak tahan lama2 kat ofis... Tempat baru nie sejuk cam dalam peti ais... Tak suka la sejuk sangat...

Jalan ok tapi biasalah kalo dah sampai Keramat dlm pkul 6pm mesti jam la... Jalan jam punya pasal, mataku melilau merata2 mencari sesuatu yg enak dipandang... sekali ternampak durian kat tepi jalan tuh cam best jer... terus aku tukar arah dan parking depan masjid keramat tuh, singgah beli durian... ni la first time aku membeli durian... biasa makan kat kampung jer... ayah la tukang belinye... aku beli sebijik jer... cukupla utk makan 2 org kan... aku amik yg besor skit dan jenis durian kawin... selalu ayah aku beli durian gini mmg sedap & puas hati la makan...

Dah sampai rumah, aku dgn penuh semangat mengopekla durian itu... Oh ok yg mula2 aku tengok mmg orait, isi kuning cantik... pandai jugak la aku membeli...


Tak abis lagi nie... kalo korang nak tau.. ini je la isi durian yg aku beli hari nie (lagi seulas dah dicilok oleh adik aku) Mesti nak tau berape hargenye kan? Sekilo RM8.. sebiji nie pokcik tuh jual RM14... mahal jugak kot... ntah ler aku tak reti beli durian la... aku belasah jer... pastu aku pun tak terasa nak belek2 dulu durian tuh.. pasal pokcik tuh dah belah2 durian tu depan aku, aku nampak isi sume cantik jer... aku beli jer la...

Sedihnye durian nie tidaklah seindah yg aku nampak... pangsa terakhir yg aku kopek tu isinya buruk seburuk2nya... uhuks sedeyla.. apola pokcik nie jual durian buruk kat aku... biler makan isi yg elok tu pun aku rasa tak puas hati... tak sesedap yg aku pernah makan kat kampung... mencik aaa... rugi duit aku RM14... baik g makan KFC... dah tentu sedap... Tadi aku rasa sangat pandai, sekarang dah jadi tak pandai.... tengok je la gambo kat bawah nie...


Nasib baik aku ade beli roti tadi... sudahnya plan nak makan nasi ngan durian dah tak jadi... makan roti ngan telur goreng lagi puas hati... aku rasa la kat KL nie, satu2nya makanan yg memang sedap adalah ROTI...

Pengajaran untuk hari nie:
Pasni taknak beli durian dah... nak makan durian tunggu balik kampung kang... mintak ayah aku beli...

Saturday, June 13, 2009

Gaduh Dalam LRT

Gamba hiasan jer nie...


Tadi terjumpa klip video pompuan melayu gaduh ngan boyfriend dalam LRT. Aku ingat gaduh tarik2 rambut or tampar menampar... rupanya tengah gaduh dalam telefon... menjerit-jerit, terpekik terlolong macam org giler.. Biar betul minah nie... Bawak2 ler bersabor sikit... Malu ler sikit dgn org kat sekeliling tu...

Awak tu dah mengganggu ketenteraman orang lain... Marah sekalipun aku rasa tak perlulah nak berdrama dalam LRT tuh... kan dah masuk dalam Utube... terus jadik glamor seantero dunia...

Drama singkat yg aku tengok dalam utube tuh buat aku terfikir betapa berbezanya cara kita handle masalah... ada yg cepat melenting, ada yg cool, ada yg lari dari masalah... ada yg suka maki hamun, ada yg bijak menyusun bicara...

Tak pasti ape sebabnya dorang gaduh tuh... Aku tgk sekali jer.. malas nak ulang tgk lagi... tapi aku rasa biasalah mesti gaduh pasal org ketiga... kdg2 aku rasa orait jugak bila ada pompuan yg mengganas mcm nie hehe... kdg2 keganasan itu perlu sbg pengajaran hehehe....

Friday, June 12, 2009

Riadah di Taman Tasik Titiwangsa


Kali ni pegi Tasik Titiwangsa ngan Kak Elly plak... So, dapat ler aku posing kat sini hehe... plan nak joging, tapi akhirnya jadik aktiviti jalan2, posing & berkelah (mkn nasi lemak)... Elok sangat lah perangai aku nie... bakar kalori sikit jer, tambah jer lebih... Tapi okla kot dari langsung tak dibuang lemak2 degil tuh...

Sempat gak naik kete kuda tapi tak sempat lak nak bergambar ngan kuda... takpela lain kali la pasal aku tengok kuda tu pun cam takde mood jer... sian plak aku tengok.. mesti dia dah penat & boring...

Thursday, June 11, 2009

Azab Mangsa Culik

Dipetik dari Harian Metro - 11 June 2009

KUALA LUMPUR: Lima lelaki bernafsu syaitan seolah-olah dirasuk apabila sanggup menjadi tanah perkuburan di pinggir ibu kota sebagai ‘hotel lima bintang’ untuk melampiaskan nafsu serakah mereka selepas menculik seorang gadis.Kumpulan penjenayah terbabit dikesan bukan sekali melakukan kerja jahat itu di atas kubur, malah sudah mengulanginya beberapa kali sebelum ini.Lebih menghairankan apabila kumpulan terbabit lebih terangsang untuk merogol mangsa mereka di atas kubur biarpun menyedari ia kawasan pengebumian jasad manusia yang sudah meninggal dunia dan dikaitkan dengan roh baik dan jahat.

Malah, kekejaman kumpulan itu terbukti apabila mereka merogol seorang gadis berusia 20-an secara bergilir-gilir selepas mengikat tangan dan kaki mangsa pada batu nisan. Dua daripada perogol itu memegang mangsa yang meronta kesakitan ketika seorang lagi rakan mereka merogol wanita berkenaan.

Dalam kejadian jam 3 pagi kelmarin, seorang wanita yang diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pandan Indah di sini, menjadi mangsa nafsu buas dan aneh kumpulan penjenayah terbabit.
Mangsa yang hanya kira-kira 10 meter dari rumahnya dihalang oleh sebuah Proton Wira sebelum seorang daripada lima lelaki dalam kenderaan berkenaan menariknya memasuki kereta itu.

Difahamkan, suspek mengugut untuk mencederakan mangsa sekiranya dia menjerit atau melawan.Mangsa yang bimbang keselamatannya terancam, terpaksa mendiamkan diri dan patuh kepada arahan kumpulan terbabit.Bagaimanapun, nasib malang wanita itu berterusan apabila dia dicabul berulang kali oleh empat suspek dalam kenderaan sebelum penjenayah terbabit memberhentikan kenderaan di Tanah Perkuburan Islam Taman Midah, Cheras, di sini.

Sumber berkata, setiba di lokasi berkenaan, mangsa dipaksa mengekori mereka ke kawasan perkuburan sebelum kumpulan terbabit merogol wanita berkenaan berulang kali.“Setahu saya, mereka mengikat kaki dan tangan mangsa menggunakan tali pada batu nisan sambil dipegang dua lagi penjenayah. Tindakan itu dilakukan bagi memudahkan mereka merogol mangsa yang meronta kesakitan,” katanya.

Sumber itu berkata, wanita terbabit yang diculik kumpulan terbabit diperlakukan bagai hamba seks selama lebih satu jam.“Selepas ‘misi’ selesai, kumpulan terbabit menghantar mangsa ke kawasan Taman Muda, Ampang, sebelum mengugut akan mencederakannya jika membocorkan kejadian berkenaan kepada sesiapa.“Malah, kad pengenalan mangsa juga dirampas kumpulan itu sebagai bukti untuk mencarinya semula jika dia melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa,” katanya.Difahamkan, mangsa terpaksa berjalan kira-kira satu kilometer untuk pulang ke rumahnya sebelum menceritakan peristiwa hitam itu kepada ahli keluarganya.

Mangsa dibawa keluarganya ke Balai Polis Pandan Indah di sini, untuk membuat laporan kejadian berkenaan.Difahamkan, mangsa turut meminta perlindungan daripada pihak berkuasa kerana bimbang dicederakan kumpulan penjenayah terbabit.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan, tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang dijalankan.

Ulasan:
Tak tau nak cakap ape lagi... sangat melampau dan kurang ajar...
To all ladies.. hati-hati

Monday, June 8, 2009

Cinta Yang Bersegi-segi

Cinta itu sentiasa memburu dan diburu.. lalu terjadilah sebuah cerita cinta yg bersegi2 ini..

Dalam kisah cinta ini, wanita A sangat menyukai lelaki B, namun dia sedar dlm hati lelaki B ini ada wanita lain yg bertahta dihatinya iaitu wanita C.. kerana begitu menyukai lelaki B, wanita A sukar menerima cinta lelaki lain iaitu lelaki D.. lelaki D begitu menyukai wanita A namun dia tak tahu bahawa dlm hati wanita A ini ada lelaki B.. lelaki B yg sgt menyukai wanita C namun merasa kecewa kerana wanita C memilih lelaki lain utk didampingi iaitu lelaki E, walaupun hakikatnya lelaki E ini sudah dimiliki oleh wanita F..

3 org lelaki dan 3 org wanita ini terlibat dlm sebuah kisah cinta yg bersegi2.. aku pun tak pasti ape ke namanya cinta pelik ini.. mungkinkah cinta 6 segi?? Kenapa keadaan jadi begini.. kenapa seolah2 tiada kesudahan pada cerita ini..

Siapa yg akan melukakan & siapa yg akan dilukai.. siapa yg akan bersedih & siapa pula yg akan bergembira.. anehnya kisah hidup ini.. apa sebenarnya yg mereka inginkan.. apa sebenarnya yg mereka cari..

Friday, June 5, 2009

SMS Yang Tak Logik

SMS 1 : Akum, nie sapa?
SMS 2 : Awk ada call number nie ke? sape name?

Pagi ni tetiba aku dpt 2 miscall dan 2 sms dari seorang lelaki yg pernah ajak aku kahwin tapi aku tak bole nak terima org ini... kali terakhir dia call aku pada 26 May 2009 pukul 1.25am... ada sebab kenapa aku tak bole terima org ini... aku tau nobody's perfect kerana aku sendiri pun tak perfect... aku suka melihat diri seseorang itu dari pandangan aku sendiri & dari naluri hati aku dan juga dari setiap patah perkataan yg keluar dari mulut org itu... kdg2 tekaan aku betul kdg2 aku tersalah menilai org...

Aku pernah cerita dlm blog tentang org ini... kdg2 aku terfikir adakah tindakan aku ini betul ataupun salah... kenapa aku langsung tak bagi peluang utk diri aku mengenali org ini... jahatnya aku.. tak patutnya aku buat begitu... tapi hari ni aku rasa tindakan aku mmg betul dan tekaan aku juga betul... kdg2 aku rasa menyesal bagi phone no. pada dia waktu itu... pada aku apa salahnya aku bagi phone no. pada org ini... mungkin dia berniat baik... tapi hari2 seterusnya aku rasa sangat terganggu dgn call yg berkali2 dan sms yg mcm2... asalnya aku masih ingin beri peluang pada org ini tapi kerana tindakan dia yg tak henti2 mengganggu buat aku bertukar fikiran... aku biarkan panggilan dan sms itu tak berjawab... nak tukar no. baru aku dah malas... nanti menyusahkan kawan2 & family... tapi ini la pertama kali aku jumpa org sebegini, yg seolah2 tak dpt menerima hakikat... korang rasa patut ke seseorang itu call kita pukul 2-3 pagi? bukankah itu satu bentuk gangguan yg disengajakan? lain lah kalo yg call tu family @ kawan2 rapat kita... mungkin ada hal emergency...

Aku rasa terkesima bila baca sms yg aku dpt hari ni, rasa sedih pun ada, rasa nak ketawa sepanjang zaman... aku sedih sbb dgn ketaranya dia menyerlahkan sifat kebudak2an yg sgt tidak matang... Aduhai cik abang oii... jgnla buat lawak antarabangsa macam nie... aku masih waras... walaupun aku tak pernah jawab call @ sms dari dia tapi no. phone itu aku masih simpan... aku tak delete pun... yg penting aku mmg tak pernah call number itu dan aku takde call sesapa pun hari ni... aku check juga phone aku maybe aku terdial secara tak sengaja... pun takde juga.. bila baca 2 msg nie aku rasa lelaki ni sangatlah tidak logik sama sekali... apa yg dia cuba nak buat nie??

Mungkin orang akan kata aku terlalu memilih... mungkin betul jugak... ntahla kdg2 aku pun confuse... aku akan terus berkawan bila aku selesa dgn org itu, bila aku rasa aku bole berbual tanpa rasa pelik... tapi kalo dari awal lagi aku rasa tak selesa, aku mmg susah nak terima... kalo dari awal aku nampak niat tak jujur, pun aku tak bole terima...

Wednesday, June 3, 2009

Sebab Utama Stadium Sultan Mizan Runtuh

Detik2 cemas ketika bumbung stadium ini dimusnahkan..

Entah macam mana la raksasa ni bole muncul kat Terengganu semalam... selalunya kat Jepun jer... takde pulak ultraman yg muncul time nie.. mungkinkah ultraman sedang bercuti bawa anak2 balik kampung sempena cuti sekolah nie.. stadium yg berharga jutaan ringgit nie musnah sekelip mata... perkara macam nie tak sepatutnya berlaku... sebagai seorang rakyat biasa, aku sangat terkilan melihat rentetan kes2 seumpama ini yg makin kerap.. adakah semua bangunan @ binaan kat Malaysia ni tak selamat? sape yg akan dipertanggungjawabkan utk kes ni? engineer? arkitek? konraktor? pelulus projek? ataupun raksasa gordon... aku rasa jawapan yg paling tepat adalah raksasa gordon ini kerana aku dah bosan dengan skema jawapan dalam berita dan juga suratkhabar..

Monday, June 1, 2009

Akukah Power Rangers Itu

Sejak last week aku rasa berjalan macam tak jejak ke bumi... Cuma jasadku yg pegi ofis, balik rumah, ngadap laptop macam biasa... tapi hati aku nie entah kemana... masih terfikir2 macam mana nak berdepan dgn cabaran baru di ofisku nanti...

Tetiba jer aku nak kena cover keje utk 3 orang... huk alohh... aku nie bukannya power rangers... bukan jugak ultraman yg ada lampu merah tuh... aku cuma bimbang kalo2 aku berubah jadik raksasa gordon tak lama lagi...

Sorang nak beranak okla, takpe la, aku cover keje ngko... lagi sorang apehal lak tetiba kena antar ke department lain... ni agenda utk memusnahkan aku nie hehehe... kot ye pun janganla sumenye serentak macam nie... masa mula2 aku dengar berita ni last week... aku rasa mcm nak pitam... rasa bagai dihempap konkrit, rasa bagai dicampak ke gaung yang dalam...

Ape bole buat kan… dah namanya keje… rela ataupun tidak, terpaksalah aku redah jua… semoga aku berjaya menjadi Power Rangers bukannya raksasa gordon itu...

Sunday, May 31, 2009

Bukan Sungai Jagong, Kedah


Semalam aku terima email forward yg ade gambar2 nie... so damn beautiful... aku rasa mcm jatuh cinta pandang pertama lak hehe... and dlm email tuh cakap lokasinya adalah di Sungai Jagong, Kedah... Anehnya tak pernah pulak aku tau pasal waterfalls yg cantik nie... So, dgn segera lah aku search dalam google... nak tau camne nak pegi ke tempat nie...

Alkisahnya lain pulak info yg aku dapat... yg sebenarnya tempat nie bukanlah Sungai Jagong seperti yg disebarkan dalam email tu... waterfalls nie wujud di Croatia... nama tempatnya Plitvice Lakes National Park... salah satu warisan dunia yg diiktiraf oleh UNESCO.. ermm alahai... tipah tertipu rupanya... aku tak paham sungguh... ape kena la ngan pengirim asal email nie... ape ke pekdahnya dok menipu org macam nie... tak baik tau... dosa...

So, aku terus mencari kebenaran di sebalik kekeliruan ini... dan aku jumpa lagi satu gambar... tak terluah dgn kata2... sangat cantik... dah selamat jadik wallpaper laptop aku...

Waterfalls at Plitvicka Jezera National Park, Croatia. Photo © copyright by Jack Brauer.

Friday, May 29, 2009

Ammar yang kurindu

Dah lama jugak aku tak jumpa Ammar... sejak dia dah pindah ke Cheras, walaupun dah berkali – kali family dia ajak aku bertandang ke sana, sampai skrg pun aku masih tak pegi jugak... malas la nak bertandang rumah orang...

Masa kat Dato Keramat dulu, Ammar ni la ‘kawan’ aku selama 3 tahun... makin lama dia makin suka mengusik aku... buat aku pening kepala... apa saja brg2 aku, semuanya kena sorok ditempat selamat... kalo tak, habisla sikerjakan, lintang pukang semuanya... kadang2 sian plak aku tgk Ammar dapat ‘hadiah’ dari ibunya disebabkan kenakalannya... pada aku, Ammar bukanlah budak nakal cuma dia kehilangan kasih seorang ayah...

Nak tau ke siapa Ammar nie dgn aku?? Ammar masih blum sekolah pun... tahun nie umur dia 5 tahun... anak best friend aku sejak sekolah... kawan aku bawak Ammar dtg KL dan tinggal sebilik ngan aku sejak Ammar belum pandai merangkak... walaupun usia perkahwinan terlalu singkat, msing2 bawa haluan sendiri bile dah takde persefahaman lagi...

Susah payah yg kawanku lalui nak membesarkan Ammar sorang diri tak pernah luput dari ingatanku... walaupun ayahnya masih ada, tak pernah pun ada rasa nak bagi nafkah untuk anak sendiri... menambahkan beban kawan aku adela... nama kawan aku hampir masuk senarai ’bankrupt’ disebabkan hutang kereta... lelaki ape macam nie? Jgn nak salahkan anak kalau satu hari nanti anak tu tak sudi nak terima ayah sendiri...Agaknya dah mkin byk lelaki macam ni kat Malaysia kot...

Pernah sekali aku temankan kawanku pegi hospital pukul 2 pagi... time tu msg2 blum ade kereta... terpaksa call teksi sebab Ammar kena demam panas... muntah2 dan cirit birit... Panik kitorang dibuatnya... Masing2 tak tau nak buat ape... mujurla Ammar ok... takde pape... di saat susah macam nie... hati aku jadi pilu... di KL nie, Ammar cuma ada ibunya dan aku auntienya... pernah jugak Ammar termakan losyen muka kawan aku... terus muntah2... panik lagi kitorang nie... hmm macam2 hal la si Ammar nie... aku pindah bila kawanku kawin kali kedua dgn lelaki yg dia kenal sejak di kolej... Aku happy sangat dorang nie akhirnya kawin jugak... selepas melalui mcm2 rintangan... dan akula org tengah yg selalu jadik kaunselor takde gaji utk 2 org yg selalu berbalah tapi jodoh dorang ni mmg kuat... akhirnya bersatu juga...

Wednesday, May 27, 2009

Kucing Oh Kucing...

sekadar gambar hiasan... si comel yg nakal...

Alahai encik kucing... tak bole ke dikau pegi berak kat tempat lain haa??? apsal ko tak nak berak kat rumah jiran sebelah yg kerek tu?? penat la hari2 nampak najis ko tuh kat depan rumah... pagi2 dah nampak najis yg masih fresh... spoil betul la... aku rasa tahap kesabaran aku dah makin terhakis nie...dah tahap gaban... aku rasa macam nak cekik jer encik kucing nie... pastu buat sup tulang... takpun buat kari kucing...

Kalo sesape ade petua yg berkesan tu, tolong la share ngan aku nie eh... pertolongan anda sangat dihargai... dah try carik kat internet nie... cam biasa ja... selalunya kucing ni mmg akan berak di tempat yg sama kan... dah basuh bersih pun... masih jugak dia datang... smlm housemate aku ikut petua letakkan uncang teh yg dah guna tu kat tempat dia kucing selalu berak... tapi tak berkesan pun... bole plak kucing nie bantai berak kat tepi uncang teh tu... sengaja jer ek... cari nahas betulla ko nie wahai encik kucing... ishh

ade petua yg agak pelik... kena amik tali pastu ukur dan potong sama panjang dgn ekor kucing tu... pastu letak kat tempat kucing tu berak... tapi aku tak faham la ape kaitannya tali tu dan ekor kucing dan juga najis kucing?? Tadi aku jumpa satu petua yg menarik... ade yg suruh curahkan clorox kat tempat kucing tuh berak... aku rasa petua nie orait gak... nanti aku nak try la... kalo tak berkesan jugak, nampaknya terpaksa la kitorang buat jadual rutin pembersihan najis kucing nie...

Monday, May 25, 2009

Menyesal Aku Jawab Call Tuuu….

Pagi yg indah hari nie, aku baru jer nak start buat keje… tetiba telefon member sebelah asik berdering… dgn rasa tanggungjawab, aku tolong la jawab bagi pihak dia, sebab member tu takde di tempatnya… dan seterusnya aku rasa sangat menyesal…

Biasanya yg call tu maybe staff dari dept. lain… just tinggal pesan jer… tapi kali nie dgr nada suara pemanggil tu pun dah lain macam… aku plak yg disoal siasat macam2… pastu mintak transfer kat bos plak, mintak phone no. bos lagi… bila ditanya siapa dan dari mana, ape masalahnya… tak nak plak bagi kerjasama… ape dia ingat bos aku tuh operator tepon ke?? bole jawab jer call sesapapun… wlaupun tak tahu hujung pangkal cerita… sepatutnya dept. aku nie cuma jaga operasi servis bukannya direct dgn customer… adela mangkuk ayun yg bagi no. kawan aku nie kat customer nie… hangin betul aku…

Kepala aku dah pening… Aku mintak pemanggil tu tunggu sekejap di talian… pastu aku pusing2 cari member aku nie, tak jumpa… pastu aku balik ke tempatku… huhh lega member aku dah ada… tgh jawab call tuh… selamat aku… gasak ko lah yer… cakap la baik2 ngan pemanggil tu yer… at least kawan aku nie tau la jugak hujung pangkal ceritanya… sebab ade kaitan dgn keje dia… bukan keje aku…

Teringat aku masa mula2 keje ngan Tmnet dulu… kena jawab call dari mula sampai abis waktu keje… makin lama makin ramai yg resign... tak rmai yg bole bertahan keje customer servis nie… hari2 kena telan segala maki hamun… hari2 kena manis mulut berbicara… ada yg pandai ‘menggoreng’… ada yg ‘goreng’ sampai hangus… Tapi sebenarnya ramai jugak customer yg bagus, yg sopan santun, yg kelakar… bila bercakap dgn customer begini, barulah rasa dihargai… rasa seronok nak tolong settlekan masalah dorang…

Pengajaran utk hari nie:
Pas ni tak hingin aku nak tolong jawab tepon sesapa… gasak ko lah nak berdering dari pagi sampai ke malam pun… ado aku kisah?? Ado??? Ado??? hehehe

Sunday, May 24, 2009

Nasihat Dari Seorang Makcik

mak chaq, mak, mak teh, mak cik


Family aku.. tetamu yg terawal sampai di kenduri cousinku di kajang, semalam..


Aku sebenarnya agak malas nak pegi kenduri kawin nie... sebab mesti akan ada soalan2 yg malas aku nak jawab... kalo dulu seboleh mungkin mmg aku cari alasan tak nak g kenduri... tapi sekarang ni aku rasa ok jer... takde masalah pun... tapi tak sempat lak nak tgk pengantinnya sebab aku kena balik awal, nak antar mak cik aku kat pudu...

Sesekali jumpa mak sedara aku nie, ada satu nasihat yg berkesan di hatiku..
"Enjoy your life as a bachelor while you can"... sporting la makcik aku.. org lain asik2 tanya bile nak kawin... bosan daa... mcm mana aku nak tau bile aku nak kawin... bukannya aku tak nak kawin... tapi aku selalu dipertemukan dgn org yg salah... yg tak mungkin jadi milikku... yg memang sepatutnya aku tinggalkan...

Disekeliling aku nie pun, ade jer kawan2 yg bercerai berai... kawin baru setahun dua... kenapa jadi macam tu?? sedangkan bercinta boleh pulak bertahan lama... setiap yg berkahwin tu dah tentulah impikan rumahtangga yg aman bahgia, kekal ke anak cucu... tapi gelora yg datang kadangkala tak dpt ditepis... mungkin kurang ilmu rumahtangga, mungkin jgk dah tawar hati... segalanya mungkin...

So, utk org2 yg masih berstatus single dan masih mencari (termasuk aku la... hehe), don't worry... be happy... enjoy your life... penuhkan ilmu didada...

Saturday, May 23, 2009

Mari Belajar Bahasa Melayu Sarawak

First time aku jejak kaki ke sarawak masa umur baru 17 tahun... lepas SPM.. dpt sambung matrikulasi kat UNIMAS.. tak tau nak gambarkan perasaan aku masa tuh.. mmgla happy dpt sambung study... tapi aku rasa sangat asing & sangat jauh... takde sesapepun yg aku kenal... mula2 aku rasa mcm nak cancel jer, ikut mak balik penang... tapi memikirkan dah byk duit yg dilaburkan nak sampai ke sini aku teruskan jugak...

mula2 aku dgr org sarawak nie punya bahasa, aku tersangat la blurr, langsung tak paham... pastuh bila start kelas, dah ramai kawan... rasa seronok lak dpt dtg sarawak ni... kat unimas ni la aku kenal erna, mahani, hasma, kak ina, ijat, norah, martin & ramai lagi la... dorang2 nie la geng study, geng lepak, geng ngumpat, geng tgk cite hisdustan, geng makan2, geng berembun... mahani cikgu bahasa sarawak ktrg, pasal dia nie main bantai jer ckp sarawak ngan bebudak dr semenanjung hehe... kitorang pun terikut2 dia ckp sarawak... mula2 aku pun main bantai jer ckp sarawak... lama2 dah fluent pun... sampai org ingat aku mmg org sarawak hehe... so utk kawan2 yg tak biasa dgn bahasa sarawak ni, aku ajar korang eh..

kamek - saya
kitak - awak
sik - tak
sikda - takde
aok - ya
sigit - satu
kenak - kenapa
madah - cakap
kelaka sarawak - cakap sarawak
gerek - boyfren/girlfren
kinek tok - skrg ni
bulak - tipu
iboh - jangan
sinun - sana
sitok - sini
kacak - cantik
sine - di mana

**byk lagi tapi aku dah lupa.. tapi kalo dengar tu aku masih boleh paham..

Thursday, May 21, 2009

Tag From Hasma



1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.
- Settle


2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini:
a. Ibu kepada 2 boys
b. Sgt rajin update blog - hampir setiap hari
c. Agent insurance - part time
d. Rajin buat crosstitch
e. Giler shopping


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/ hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya:selamat berkenalan ;

a. Suka mengomel sorang2..
b. Sangat pelupa… suka tinggal payung merata2.. pernah jadi dlm setahun hampir 8 payung aku hilangkan..
c. Suka merantau, melancong & teringin nak cuba aktiviti lasak
d. Minat kumpul resepi @ menonton rancangan masakan tetapi sangat kurang memasak
e. Ada yg cakap aku pendiam, ada yg cakap aku peramah
f. Sangat tak suka tengok tulisan sendiri.. Cakar ayam.. kdg2 aku sendiri tak bole baca apa yg kutulis
g. Sangat susah dapat MC. Last aku MC 2-3 tahun lepas. Kalaulah MC tu bole tukar dgn cuti rehat, bestnye...
h. Takut dgn serangga yg boleh terbang (kumbang, lipas, belalang etc..) pasal aku selalu imagine dorang serang aku.. sgt susah hati kalo nampak serangga2 ni dlm bilik aku
i. Tak reti memujuk
j. Suka merayau – boleh berjalan berjam2 tanpa tujuan


4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:
Aku rasa dorang nie mesti tak jawab tag aku nie tapi tak kira aku nak tag jugak nama korang

Norsabrina: Muslimah sejati. Pandai swimming. Nama mak & ayah dia hampir sama dgn nama mak & ayah aku. Birthday dia sama dgn birthday ayah aku. Kebetulan eh?
Zumairi: Baik dan sangat baik. Kaki wayang, hero futsal, minat fotografi, skrg ni tgh tensen Streamyx down
Hairil: Split identity. Suka buat kecoh kat ofis.
Zeela: Senyum sokmo. Terror make-up.
Lain2: sesape yg rajin dan sgt rajin buat tag.. silalah buat yer

Monday, May 18, 2009

Cemburu Tanda Suka... Betul Ke?

Aku pinjam title ym cik dewi utk entry kali nie (tapi dlm versi lain skit).. Betulla kan.. aku rasa kalo dah cemburu tuh mestila tandanya suka.. takkan nak jeles tak tentu pasal lak.. giler kot.. kalo dah jeles tu mestila ade sebabnya.. dlm satu perhubungan, kalo takde rasa jeles mesti takde cabaran kan.. kalo tenang jer tak bergelora... orang takkan alert... tetiba dtg tsunami.. abis semuanya ranap...

Hmm kawan aku nie tgh jeles rupanya.. sabor yer cik dewi... ko blum tgk lagi camne rupa aku biler jeles.. time study dulu, maybe aku bole cover lagi... tapi skrg nie payah tul nak sembunyikan perasaan hati nie.. org tgk riak muka pun dah bole teka... muncung, masam kelat sume ade... kalo senyum pun senyum paksa jer... takde manisnye dah…

Aku nie mencari masalah ke?? Kenape aku nak jeles pulak?? Aku bukannya sape2 pun.. Tapi yg sebenarnya aku tau kenapa aku jadi macam ni... aku jeles sebab aku suka.. kalo aku tak suka, aku pedulik hape... pagi tadi aku rasa berserabut... tapi skrg nie aku rasa lebih tenang... sebab aku dah tau ape yg sepatutnya aku buat...

Macam biasalah setiap kali aku hadapi situasi nie... aku pasti mengalah... aku rasa nak undur diri... sebab aku dah letih nak memeningkan kepala aku lagi memikirkan soal hati dan perasaan... aku pernah cuba memahami... aku pernah berusaha... mungkin dah sampai masanya untuk aku putus asa... mungkin aku perlu biarkan masa berlalu... pada aku cinta datang dan pergi... ia datang sekelip mata... ia pergi kalo aku lepaskan... aku ade sebab kenapa aku rasa aku perlu lepaskan perasaan ni.. pertama, bila orang diam tanpa jawapan.. kedua, bila aku rasa dah takde harapan... ketiga, bila aku mula rasa cinta itu menyakitkan... keempat, bila aku hampir pasti dia bukan untukku... kelima, bila aku rasa mcm nak sepak sesuatu hehe... ok dah cukup... kalo tambah senarai lagi, aku pasti merapu...

Soalannya, betul ke ini yg kumahu??

Friday, May 15, 2009

Cerita Dari Pinang Tunggal

Dlm pkul 9am aku bertolak dari KL ngan adik aku.. Asalnya nak naik bas jer.. Tapi tetiba rasa nak tukar plan, aku drive je la balik kali nie.. Dlm pkul 1.30pm dah sampai kampung halaman tercinta... Balik kali nie aku angkut sume bahan2 masakan yg dah berzaman tersergam je kat dapur rumah sewa aku tuh... masa membeli kemain tak hengat.. konon2 nak buat biskut, kek coklat kukus, puding jagung, dadih... tapi satu habuk pun tak jadik... so, sblm bhn2 tu expired (tepung jagung, tepung kastard, oat, serbuk koko, jagung dlm tin, agar2, gula ising, etc...), baik la aku angkut bawa balik kampung... sgt berguna utk mak aku.. :) Sempat gak amik gambar di sekeliling rumah hari nie

sebelah rumah aku ade sekolah.. ini ler sekolah rendah aku dulu... kdg2 aku panjat pagar jer g sekolah.. langsung takleh ponteng... mesti cikgu cari sampai ke rumah daa.. kalo tertinggal buku ke baju sukan ke, kejap je aku lari balik amik kat rumah... loceng dah bunyi pun ok lagi kalo aku baru kuar rumah... ni aku dok online nie pkai line wifi sekolah aku jer... canggih dah kampung aku nie..

tepi tu ade sawah... pastu landasan ketapi.. kecik2 dulu pernah kena rotan pasal aku terjun sawah ni.. best aaa g tangkap ikan... skrg tak berani dah... takut lintah ler..

jalan baru ke rumah aku... jalan lama mungkin nanti dah takde... dgrnye nak dibuat stesyen ketapi pulak kat situ... lagi 10 thn ntah2 sawah ni pun dah takde... atas nama pembangunan..

nampak sihat jer pokok nie.. mak & ayah aku yang jaga... kalo aku yg menjaganya entah ler dpt idup ke tak hehe...

Thursday, May 14, 2009

Seksanya Pegi Interview...

Gambar nie tak clear tapi nampakla kepala2 org dok beratur tunggu giliran sampai ke malam...
"utk blog hang citerlah apa yg patutnya.. moralnya.. kalu pi open interview; bawak newspaper, bawak gula2, biskut dalam peket kecik, lispstick, bedak sebab kena top up bedak & lipstick slalu"

Ini kisah housemate aku yg pegi walk in interview kat Shah Alam... (utk jawatan Guru Siswazah Kontrak, Pegawai Tadbir Kontrak, etc.) Biasalah kalo dah ade interview terbuka mcm ni mmg berduyun-duyun la org serbu... Msg2 nak cuba nasib... Manala tau kot2 ade rezeki... Aku tak tau la berape ribu yg pegi interview hari tuh.. Tapi yg aku tau Kak Elly ckp ade yg tunggu kat pintu pagar tmpat interview tu dari pukul 4 pagi.. Housemate aku ni sampai sana pukul 9.30pagi.. Pastu kena daftar dulu.. Pastu beratur amik nombor giliran... Pastu tercongok la tunggu giliran utk interview sampai pukul 10.00 mlm yer... Ade yg sambil dukung anak, dtg dgn family, terpaksa tunggu sampai ke mlm.. bayangkan je lah camne seksanya.. Kalo aku mungkin aku dah balik kot... Tapi setiap org yg pegi interview tuh dah tentulah pegi dgn penuh harapan.. Sebab tu la dorang sanggup tunggu jugak... Nak duduk pun takde tempat yg selesa... Kerusi yg disediakan confirmla tak cukup... Asal ade jer... Jgn takde langsung... Yang takde kerusi, duduk je la kat mana2 tempat pun... tong sampah pun bole jadik kerusi... Ape2 pun good luck kepada semua yg mencuba nasib... mudah-mudahan berjaya hendaknya...

Wednesday, May 13, 2009

Tak Sampai Setahun Dah Rosak Ke??

Sejak last week aku nie panas hati jer memikirkan masalah tingkap keretaku yang dah stuck, tak boleh turun dan naik pulak dah... Sume pulak tuh jadik camtu kecuali tingkap driver jer yang ok, takde problem... Satu hal pulak nak kena antar repair kat Perodua... Tak paham sungguh aku, kete aku nie hujung bulan nie baru nak sambut 1st birthday... Tak sampai setahun pun, dah rosak ke?? Apsal cepat sgt rosak hah?? Sungguh tak berkualiti...

Tapi pagi tadi masa aku start enjin kete nak pegi keje... Tetiba mata aku terpandang satu button kat pintu kete aku.. Eh!!! Kalo tak silap aku, itu kan button utk lock sume tingkap kete ni (power window lock switch)... Aku tgk button tu dah 'turn on'... Hmmm now I know la... Ini ler punca masalah tingkap kete aku nie... Tekan jer la button tu utk 'turn off'... Kan dah ok... hehehe... Masalah kecik jer... Nasib baik la aku blum pegi antar kat Perodua lagi... Nasib baik la aku blum bising2 buat complaint kat Perodua tu... Kalo tak, malunyer aku... Kat mana la nak sorok muka aku nie kalo jadi camtu hehehe...

Monday, May 11, 2009

Mungkin Kekurangan Itu Kelebihanmu

Manusia memang tak pernah sempurna, kerna kita adalah manusia... hamba yg lemah dan serba kekurangan... Dan ketidaksempurnaan setiap org tu pasti berbeza... ada yg mungkin kurang paras rupa, mungkin bentuk badan, mungkin kecerdasan minda, mungkin kesihatan, dan mungkin juga kurang tinggi cam aku nie haaa :) Haha walaupun aku tak cukup tinggi dan kdg2 menjadi bhn gurauan sesetengah org, nak mintak jadi polis pun tak ckup syarat, aku pedulik hape... aku terima segala bentuk kejadianku ini adalah pemberian Allah...

Pesanan utk semua, jgn biasakan diri mempersenda or bergurau yg melibatkan kekurangan seseorang... Tak semua org bole terima gurauan sebegitu... Walaupun dia ketawa or senyum sekalipun, luka dlm hatinya hanya Allah saja yg tau.. Kalo terlepas cakap sekalipun, cuba2 la cover balik... Kerna kita takkan pernah tau sejauh mana dan sampai bila kesan gurauan itu pada seseorang... Mungkin utk seumur hidupnya... Tak salah kalo nak bercakap benar, tapi bercakap benar dgn mempersenda tu dua perkara yg berbeza...

Dan mungkin utk setiap kekurangan itu sebenarnya ada kemanisan hikmah yg kita tak pernah sedar... Cuba renung betul2, pasti kita nampak apa hikmahnya... Kalo rasa diri dijauhi org lain disebabkan kekurangan itu... Lupakan jer org tu... pada aku org sebegitu bukanlah kawan yg baik dan bukan juga pasangan yg baik... Aku tau bercakap tu mmg la senang sebab aku tak rasa apa yg org lain rasa.. Tapi kalo bukan kita yg menghargai diri sendiri, siapa lagi???