Wednesday, June 3, 2009

Sebab Utama Stadium Sultan Mizan Runtuh

Detik2 cemas ketika bumbung stadium ini dimusnahkan..

Entah macam mana la raksasa ni bole muncul kat Terengganu semalam... selalunya kat Jepun jer... takde pulak ultraman yg muncul time nie.. mungkinkah ultraman sedang bercuti bawa anak2 balik kampung sempena cuti sekolah nie.. stadium yg berharga jutaan ringgit nie musnah sekelip mata... perkara macam nie tak sepatutnya berlaku... sebagai seorang rakyat biasa, aku sangat terkilan melihat rentetan kes2 seumpama ini yg makin kerap.. adakah semua bangunan @ binaan kat Malaysia ni tak selamat? sape yg akan dipertanggungjawabkan utk kes ni? engineer? arkitek? konraktor? pelulus projek? ataupun raksasa gordon... aku rasa jawapan yg paling tepat adalah raksasa gordon ini kerana aku dah bosan dengan skema jawapan dalam berita dan juga suratkhabar..

5 comments:

Anonymous said...

Emmm..raksasa gordon pn xsmpai hati nk porak- perandakan malaysia ni. Kita mana ada super hero yg power mcm kat jepun tu. Yg kita ada cicakman je. Mana blh lwn ngn raksasa yg sebesor tu. Sebenarnya ada pengajaran dgn ape yg blaku. Tak perlu la kita cite bab kroni ke, korupsi ke, ketidaktelusan ke. Tak payah britau pn org sume dh sedia maklum dh. Biasa la, projek kerajaan. Suma nak cuba nasib jadi kontraktor. Ntah2 kontraktor yg standard buat reban ayam pun ada kat situ. Letih la nk cite bab2 mcm ni. Cite lebih2 nanti ada plak yg marah. Ape2 pn, saya tetap berbangga jadi anak Malaysia. Walaupun kita xde superhero sehebat ultraman, batman, spiderman, mahupun superman (superman ni hero ke? Pakai seluar dalam pun kat luar...;-) tapi kita boleh berbangga dgn kehebatan kontraktor2 kita modify balik bgunan/jambatan yg nak dan dah pun runtuh tu..hehe. Malaysia boleh! :-(

Cik Hani yang Baik said...

aku setuju dengan odah...mungkin rasa bertanggungjawab dalam diri sesetengah individu dah makin terhakis...dari tak sampai hati jadi sampai hati (kejam)..untuk melakukan perkara yang terlarang..
yalahkan...yang terlarang itu godaan...makin kita larang..makin kuatlah godaannya...contoh bolehlah fikir sendiri....mun aku list kat ctok..org carik aku kelak..hahha adakah?? ok, aku brik contoh...dolok dicanangkan satu negara...jangan rasuah..tp makinlah org berminat nak molah kan?? apa kata kita ilek2 jak..semua itu terletak pada hati....mcm aku..aku tauk..waktu kerja patut kerja..tp aku komen juak d ctok...haha...jahat...tp insya-Allah sikla sampei kepada kejahatan melampau...nauzubillah...
daaaaaaaaaaaaaaa

Anonymous said...

hahahaha... kalu raksasa gordon mai trg..suka la ac..sbb dia kt kg skrg..mesti ultramen dtg tlg erk??

aku pun terkejut tgk berita ni. br setahun!|!

Saidah said...

Anon..
sy pun dah letih nak cite bab2 kepincangan ni.. tapi masih tetap mengikuti perkembangan semasa..

Mahani,
Aku pun tau masa keje patut keje.. tp aku perlukan terapi ketika bekerja hehe (hanya alasan)..

Saidah said...

Hasma,
wahh.. seronoknya ac kat kg tu.. leh main ngan ayam, itik, kambing yg real..

En. Raksasa,
maafkan saya kerna menyalahkan anda dlm kes bumbung runtuh ini.. sekadar ingatan supaya anda lebih berhati2 kelak memandangkan kuasa anda semakin terancam.. tahukah anda bahawa kontraktor2 di Malaysia ini jauh lebih hebat dr anda.. mereka hebat dlm meruntuhkan bumbung yg dibina sendiri..